Cabaran SEO WCB

Perniagaan Dalam Talian Dari Rumah Yang Menguntungkan-Jom Buat Duit Online!
03/11/2017
Online bisnes-affiliate_report
Nak Mulakan Online Bisnes Secara Affiliate Marketing? Ikuti Langkah Ini!
12/11/2017

Menyahut Cabaran Seo Dari World Class Blog

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya,saya ni bukannya blogger.Saya saja nak belajar teknik SEO yang diberikan oleh Tuan Azham Zanal.Mungkin sebab minat dengan dunia online ini.Jadi saya pun join cabaran dari Blog Pakar SEO Tempatan ini.

Pada mula,saya rasa macam malas nak join cabaran ni.Tapi orang cakap dah alang-alang tu saya join jelah.Kalah menang belakang cerita.Sebab ilmu yang diajar ini memang betul-betul saya tak tahu langsung.

Saya belajar buat website pun dari panduan video yang saya beli tahun lepas.Tapi panduan bina wordpress dari Tuan Azham Zanal yang mesra SEO ini memang gempak.Memang berbeza dari yang saya belajar dulu.

ilmu seo

Sebelum saya join Cabaran SEO WCB ni,saya dah pun beli panduan video WCBlog premium case study.Banyak betul video nak kena hadam.Rasa macam nak muntah.Sebab itu,lambat sikit saya buat artikel dengan keyword yang diberikan.

Yang paling best,saya baru nak setting wordpress.Laman web ni dah lama ada.Tapi tak guna pun,sebab tak ada masa nak uruskan.So,terbengkalai lama.Dulu,saya ingat nak gunakan untuk promosi produk affiliate,tapi disebabkan kekangan masa laman web ni kosong je.

Jadi bila nak ikut cabaran ni,barulah saya setting semua.Baru nak daftar di Google Webmaster.Lepas tu tadi baru submit site map.Haha 🙂

Pending lagi.Tak tahu bila nak ok nya.

3 hari juga saya nak siapkan artikel cabaran ni.Mencabar betul rasanya.

Saya memang tak kisah sangat pun,sebab pada saya ilmu yang saya dapat ni pun dah best.Sebabkan cabaran ni,saya berjaya bina 5 artikel dalam masa 3 hari.Fuh, memang tak pernah buat sebelum ni.

Manalah tahu,lepas-lepas ni dapat borak-borak santai dengan otai-otai blogger.Itupun dah kira ok sebenarnya.Sebab boleh sedut ilmu lagi.Hehe 🙂

Dengarnya penganjur menyumbangkan hadiah sehingga RM 13k.Wow !
Ini diantaranya https://klmu.info/sponsors.

Saya memang tidak ada pengalaman dalam berblogging.Sebab saya bukan blogger.Saya cuma minat buat duit secara online,itupun bila ada masa terluangla.Adalah beberapa affiliate program yang saya join.

Saya lebih kepada paid marketing.Sebab itu yang saya belajar tahun lepas.Yang saya belajar ialah cara guna Fbads dan google adwords.Website ni boleh kata baru beberapa bulan yang lepas saya belajar.Itupun cara nak buat landing page,minisite dan lain-lain.E-commerce pun belum khatam lagi,tapi macam malas nak belajar sebab saya tak minat jual barang fizikal di dalam online.

Saya minat menjadi affiliate sahaja setakat ini.Sebab saya ada mengikuti bengkel affiliate tahun lepas.Teknik yang diajar itu memang proven la pada newbie macam saya.Cuma saya tak ada masa nak fokus.Benda ni nak kena pelan betul-betul.Lebih kurang macam teknik SEO yang diajar ini.Ada struktur yang kita kena ikut.

Harapan saya selepas belajar teknik SEO ini,saya boleh praktikkan untuk jualan produk affiliate yang saya join.Untung-untung dapat naik 1st page.Jimatla sikit duit iklan.Hehe : )

 

Dalam cabaran ni saya dicabar oleh Puan Fatin Mazelan untuk naikkan keyword utama iaitu “kerja sambilan di rumah”.Jadi saya sudah pun siapkan artikel tersebut untuk menyahut cabaran.Tajuk artikel saya ialah :-

3 Contoh Kerja Sambilan Di Rumah Yang Menguntungkan Tanpa Modal Besar

Jadi,sekarang ini saya ingin cabar pula Tuan Mohd Hanis untuk teruskan cabaran SEO ini.

adi
adi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: