Ini 5 Kerja Dari Rumah Yang Boleh Tambah Pendapatan Keluarga

3 Contoh Kerja Sambilan Di Rumah Yang Menguntungkan Tanpa Modal Besar
01/11/2017
Nak Mula Bisnes Online? Anda Wajib Tahu 5 Perkara Penting Ini
02/11/2017

Betul Ke Kerja Dari Rumah Boleh Buat Duit?

Kerja dari rumah ni ada yang buat secara sepenuh masa,ada yang buat sebagai kerja sambilan di rumah.Tak kisah sebenarnya anda nak kerja dari rumah ataupun kerja di pejabat.Bergantung kepada keperluan masing-masing.

Hai,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya Adi,waktu pejabat saya kerja di pejabat,dah balik saya sambung kerja sambilan di rumah.Memangla penat nak buat macam-macam kerja ni.Tapi demi kelangsungan hidup kita redah jelah.

Sebelum itu,saya nak beritahu awal-awal,yang saya ni bukan guru bisnes atau SIFU.Tujuan saya buat artikel ini pun cuma nak share maklumat pada anda semua.

Sebab sekarang ni ramai yang nak buat bisnes dari rumah sahaja,tapi tak tahu nak bisnes apa kan?
Antara bisnes dari rumah yang menguntungkan ialah bisnes online.

Saya rasa anda tahu kan apa itu bisnes online?
Tak perlu la saya nak Wiki dan paste kan kat sini.:)

Ini Antara 5 Kerja dari Rumah Yang Anda Boleh Buat

  1. Kerja Sambilan Di Rumah Pasang Barang
  2. Bisnes Online
  3. Jadi Penulis/Copywriter
  4. Graphic Designer
  5. Programmer

Kerja Sambilan Di Rumah Pasang Barang

kerja dari rumah pasang barang

Kerja dari rumah yang macam ni anda kena hati-hati sikit sebab ramai yang kena tipu.Anda kena cari yang dipercayai.Kalau boleh yang di recommend oleh kawan.
Dulu, masa zaman sekolah rendah saya ada juga buat pasang kotak di rumah untuk kilang kotak.1 hari tu dapatla dalam 2-3 ringgit.

Tapi, saya buat dengan kawan sekolah.Ayah dia memang kerja di kilang kotak tersebut sebagai driver lori.Jadi duit tu memang confirm dapatla.Tak lah kena tipu.

Sebab itu, kalau anda berminat kerja macam ni anda kena betul-betul siasat latar belakang kilang yang bagi kerja itu.Jangan melalui orang ke-3.Takut anda dah pasang banyak barang tapi duit tak dapat.Yang paling sadis, anda tak tahu mana kilangnya.

Nak kerja pasang barang di rumah ini,saya syorkan anda terus tanya kilang.Pergi kilang tersebut dan deal di sana.Bukan senang nak cari kerja dari rumah yang boleh dipercayai.

Bisnes Online

bisnes-online
Kalau anda nak buat bisnes online ni,anda kena ada ilmu.Anda kena tahu macam mana nak menjual,ilmu pemasaran,ilmu pengurusan, dan macam-macam lagi.Sekarang ni pula kerajaan dah tetapkan perlu daftar lesen perniagaan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) walaupun bisnes online.

Bisnes online di Malaysia sekarang ni lebih tertumpu pada Social Media iaitu Facebook dan Instagram

Kenapa?

Sebab ianya lebih mudah dan kalau anda nak tahu lebih 18 juta pengguna aktif di Malaysia yang menggunakan Facebook setiap bulan.Senang cerita bisnes dari rumah yang menguntungkan banyak menggunakan platform social media.

Jadi muncul la bermacam-macam jenis sifu yang menawarkan pelbagai kursus dan teknik menjual di Facebook.Yang ini pun anda kena hati-hati.

Antara bisnes online yang popular di Malaysia sekarang ini ialah:-

  1. Affiliate
  2. Dropshipping

Saya ada ceritakan detail di artikel bertajuk Perniagaan Dalam Talian.

Jadi Penulis/Copywriter

kerja dari rumah pasang barang-copywriter
Kerja jadi penulis ni bukan semua orang boleh buat.Kena ada kemahiran dan bakat.Nampak macam senang kan?Kalau karangan kat sekolah dulu pun hancus lupakanla untuk jadi penulis.Haha 🙂

Saya bergurau jek..Apa-apa nak buat pun yang penting kesungguhan dan minat nak belajar.Kalau ada 2 benda ni InsyaAllah berjaya.Saya dulu mula mendalami dunia online ni pun dah terlambat.Tahun 2016 baru terkedek-kedek.

Masa mula-mula menulis konten dalam facebook tah apa-apa.Tapi saya ingat pesan guru,practice make perfect.So, saya jalan terus tak toleh belakang dah.Kalau toleh belakang tengok balik tulisan dulu memang boleh gelak guling-guling.

Anda boleh cek laman web ini sekiranya berminat nak jadi penulis.KLIK SINI

Pesan guru saya.

“Lebih baik bermula lambat dari tak bermula langsung”

Jadi Graphic Designer

kerja dari rumah pasang barang-graphic designer
Kalau anda nak tahu,dalam facebook ramai yang buat duit dengan jadi graphic designer ni.Tapi nak kena ada kemahiran juga.Bukan senang punya kerja.

kalau anda perasan mereka ambil upah untuk design Template,Logo Bisnes,Kad bisnes,Gambar dan macam-macam lagila.

Anda boleh mulakan kerja ini secara part time.Post je di facebook kemahiran yang anda ada.Ramai yang memerlukan khidmat graphic designer ni.Paling penting dia orang nak yang murah.Haha 🙂

Untuk permulaan anda bagila harga yang murah dulu.Bila orang dah tengok hasil kerja anda mesti ada yang cari anda semula.Inilah bisnes service.

Programmer

kerja dari rumah-programmer
Luas skop kerja programmer ni.Anda boleh ambil upah untuk membuat Website.
Ramai peniaga online sekarang tak tahu macam mana nak buat website.Mereka ada duit,cuma tiada masa nak ambil tahu pasal pembangunan website.

Jadi ini peluang untuk anda menjana duit.Anda boleh ambil upah buat website atau anda ajar

Kakak sepupu saya seorang programmer di salah satu syarikat US yang bertapak di Malaysia ni.Beliau cuma buat kerja dari rumah sahaja.Gaji 5 angka pulak tu. 🙂

Saya personally lebih suka kerja dari rumah yang 100% secara online.Sebab tu, saya lebih syorkan pada anda mulakan Bisnes Online.

Saya ada tulis artikel berkaitan,Jemput Baca di bawah ni.

3 Kerja sambilan di rumah 100% secara online.

 

Akhir kata, buatlah pelbagai kerja sekalipun,yang penting kita jangan menipu orang.Duit yang kita guna itu untuk kegunaan keluarga.Buatlah kerja sambilan mengikut kepakaran dan minat kita.Ada orang yang tak berminat dengan dunia online,ada yang lebih suka buat part time kerja di pasar malam.Tapi saya paling suka kerja dari rumah.Anda bagaimana?

 

 

adi
adi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: