Nak Mula Bisnes Online? Anda Wajib Tahu 5 Perkara Penting Ini

Ini 5 Kerja Dari Rumah Yang Boleh Tambah Pendapatan Keluarga
02/11/2017
Perniagaan Dalam Talian Dari Rumah Yang Menguntungkan-Jom Buat Duit Online!
03/11/2017

Betul Ke Nak Mula Bisnes Online Ini Mudah ?

Dengan keadaan ekonomi sekarang,makin ramai yang nak mulakan bisnes online.Tapi ramai yang tak ambil tahu tentang pengurusan bisnes online.Bila kita tengok orang berjaya dalam bisnes online,kita sangka ianya mudah.

Untuk pengetahuan anda, perniagaan online ni bukannya mudah.Banyak benda anda nak kena belajar.Sama seperti Bisnes offline,anda kena tahu pengurusan dalam bisnes.

Saya Nak Share Dengan Anda 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mula Bisnes Online

Kajian Produk

Bisnes online-KAJIAN PRODUK
Untuk permulaan anda tidak digalakkan buat produk sendiri.Anda disarankan jual produk orang lain terlebih dahulu.Kiranya anda jadi Ejen la.Walaupun anda modal yang banyak,jangan cuba-cuba nak keluar produk sendiri.Sudah ramai yang menangis di bucu katil akibat produk mereka tak laku.

Anda perlu memilih “Niche” atau pasaran.dalam bahasa mudahnya, anda perlu kenal dulu anda nak jual apa?contohnya anda nak jual tudung, siapakah golongan sasaran anda?sekiranya anda target golongan sederhana,tudung yang mereka pakai tak sama dengan golongan “berada” yang pentingkan fesyen.Jadi cara jualan juga berbeza.Harga pun tak sama.

Anda kena buat kajian sebelum memilih niche yang sesuai dengan anda.Tipsnya ialah cari yang anda pakar dan minat dengan niche tersebut.Sebab bila anda mula jual benda yang anda minat,anda akan lebih yakin.Tetapi janganla syok sendiri.

Maksudnya, carila niche yang laku atau senang nak buat jualan.Lebih mudah niche itu semua orang suka.Sebab kita taknak syok sendri,walaupun kita minat tapi orang lain tak minat pun susah juga nak jual.

Di dalam Bisnes Online,Anda boleh mulakan kajian tentang produk ini dengan cari di Google search,forum,dan social media.Kalau anda nampak ada iklan lalu di wall fb anda,cuba tengok apa yang diorang jual.Banyak tak orang bertanya tentang produk tersebut.Susah nak buat kajian produk ini sebenarnya,jika tersilap anda akan rugi.

Jadi anda mulakan sekarang, cari maklumat secara online sahaja.Sebab apa,kata nak buat duit online mestila kita cari data secara online,barula tepat.

Platform Pemasaran

Bisnes Online PLATFORM PEMASARAN
Ada bermacam-macam platform dalam perniagaan online ni.Antaranya:-

  • Blog/Website
  • E-commerce
  • Facebook For Business
  • Instagram
  • Forum

Sudah tentu platform yang paling popular untuk buat duit online ialah di Facebook.Sebab dianggarkan lebih 18 juta orang Malaysia aktif di facebook setiap bulan.

Jadi ramaila peniaga-peniaga online dalam tu.So, saingan boleh dikatakan agak sengitla.Ini kerana teknik-teknik beriklan di Fb pun seringkali berubah-ubah.Saya yang mula pada tahun 2016 ni pun rasa dah tak terkejar dengan perkembangan dan update Fb ni.Tapi saya tak risau sangatla sebab saya ada join secret group.Apa-apa perkembangan terbaru sifu-sifu akan update disana.

Dalam bisnes online ni kita kena bina Networking.Sebab tu, kita nak kena join group-group yang ada.Ada yang percuma dan ada yang berbayar.Kalau berbayar pun, apalah sangat dengan nilai ilmu yang kita dapat selain dapat kawan baru.

Anda boleh tengok detailnya DISINI sekiranya berminat

Untuk permulaan anda boleh gunakan medium facebook sebagai platform pemasaran bisnes online anda.Sebab, kosnya murah dan lebih efektif buat masa ini.

Anda boleh mulakan bisnes online dari rumah sahaja.Jadikan ia kerja sambilan di rumah.Tak perlu la anda nak berhenti kerja sebab nak mula bisnes online.

Saya ada tulis artikel berkaitan kerja sambilan di rumah 100% secara online.

Baca Sini

Semua bisnes perlukan modal,mana ada bisnes online tanpa modal.Sebelum nak mula perniagaan online anda wajib ada laptop,internet di rumah,belajar teknik menggunakan fbads.Semua ini perlukan modal.Masa anda pun kira modal juga.Bukan ke masa itu emas?

Platform ke 2 yang paling penting ialah Blog @ Website.Jika anda tahu cara nak bina Blog/Website anda boleh buat kerja dari rumah sahaja.Tak perlu lagi anda nak layan Whatsapp atau PM di Fb.Mesti anda rasa susah kan nak buat website? 🙂

Tak susah sebenarnya kalau ada orang tunjuk ajar.Yang penting anda ada niat nak belajar.Dengan modal Hosting & domain serendah RM 100 setahun anda dah boleh ada 1 Blog/Website anda sendiri.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai E-commerce,anda boleh baca ARTIKEL INI.Artikel tersebut menerangkan tentang bagaimana dengan menjadi dropship&affiliate di AliExpress.

Jualan

Bisnes Online-Jualan
Anda dah buat pemasaran,tapi tak tahu nak close sale.Ini satu lagi masalah.Nak close sale bukannya kerja mudah kalau tiada pengalaman.Lain la kalau dulu anda ada pengalaman jadi salesman/salesgirl.

Nampak macam benda remeh kan?Ketahuilah dah ramai yang saya baca peniaga online ni runsing sebab PM mereka terima banyak,tapi lepas beritahu harga semuanya krik krik..

Pelbagai teknik close sale yang anda wajib belajar.Macam mana nak mulakan ayat jualan,cara follow up,simpan data base pelanggan.Semua ni penting kalau anda nak lama dalam bisnes online.

Daftar Perniagaan

daftar perniagaan online
Selepas anda sudah belajar 3 perkara di atas,perkara utama yang anda kena buat sebelum memulakan bisnes online ialah daftar perniagaan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Undang-undang sudah dikeluarkan,sebagai rakyat yang baik kita kena ikutla.Jangan nanti kita disaman oleh KPDNKK.Bisnes baru nak bermula dah melingkup.Lepas tu salahkan kerajaan.:)

Bukanya mahal pun nak daftar perniagaan.Tak sampai RM 100 pun.Bukannya nak suruh anda buat syarikat Sdn Bhd.Sekarang ni dah mudah,anda boleh daftar secara online sahaja.KLIK SINI

Modal

Bisnes Online Modal
Sebelum nak mulakan sesuatu perniagaan,anda perlu ada modal.Bezanya dengan bisnes online modal anda takla sampai puluh ribu.Tapi kena ada modal juga.At least, anda perlu ada RM 1000 sebagai modal hangus.

Kenapa?

Modal ini untuk anda guna untuk nak buat iklan di FBads,Google Ads dan Kos tahunan Website anda.Ada orang cakap tak payah guna fbads,jual sahaja di profil fb.Memang boleh sebenarnya.Tapi berisiko.Facebook boleh block profil anda bila-bila masa.Takkan anda nak buat berpuluh-puluh profil di facebook?

Nak berniaga kenala ikut rule.Kena professional.

Kalau nak berniaga main-main bolehla anda buat macam tu.Tapi kalau anda rasa nak berniaga berpanjangan,anda kenala ikut step yang betul.

Kalau ada modal lebih,carila guru yang boleh bantu anda dalam pelajari teknik pemasaran di social media.Jangan kedekut untuk cari ilmu.Mulai dari sekarang,anda follow la guru-guru bisnes yang terkenal dan dipercayai.Banyak mereka share ilmu percuma di profil Fb mereka.Ambil dan take noted.

Jika anda berminat nak belajar buat blog dan jana pendapatan dengan hanya kerja sambilan di rumah boleh KLIK SINI

Sudah bersedia nak buat duit dengan memulakan bisnes online?

 

adi
adi

3 Comments

  1. […] Sebelum ini saya ada berkongsi sebuah artikel berkenaan 5 perkara yang anda wajib tahu sebelum nak mulakan bisnes online.Anda boleh baca di SINI […]

  2. […] Nak Mula Bisnes Online? Anda Wajib Tahu 5 Perkara Penting Ini […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: