3 Contoh Kerja Sambilan Di Rumah Yang Menguntungkan Tanpa Modal Besar

cari duit online
3 Tips Cari Duit Online Dengan Affiliate Marketing!
28/04/2014
Ini 5 Kerja Dari Rumah Yang Boleh Tambah Pendapatan Keluarga
02/11/2017

Nak Belajar Jana Pendapatan Dengan Hanya Kerja Sambilan Di Rumah?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nama saya Adi,saya buat kerja sambilan di rumah selepas pulang dari tempat kerja.Kenapa saya perlu buat kerja sambilan di rumah?Iya sudah semestinya kerana ingin menjana pendapatan lebih.

Sekarang ini,semua barang keperluan naik harga.Gaji saya tidak cukup untuk menampung keluarga.Saya mempunyai 3 orang anak dan yang sulung dah mula sekolah darjah 1.

Disebabkan itu, saya perlu cari pendapatan lebih,saya mula belajar bagaimana cara untuk buat duit dengan hanya kerja sambilan di rumah.

Saya bermula pada bulan Mac tahun 2016 dan sehingga sekarang saya masih dalam proses belajar.Saya memang minat dengan dunia online ini.Jadi saya mula mencari apa yang saya boleh buat untuk menambah pendapatan secara online.

Kalau anda nak tahu,dulu kawan saya panggil saya buta IT. Huhu 🙂
Memang saya buta it pun,dari zaman sekolah tak pernah ada komputer pun kat rumah.

Pada tahun 2005 saya mula beli komputer 2nd dan daftar internet dengan Streamyx.Masa tu,saya cuma ambil kelajuan 1gb rasanya.Saya pun dah lupa.

Bengkel-affiliate-method-rahman-basri

Tapi,dulu saya guna komputer itu cuma untuk main game dan download movie sahaja.Tak pernah terfikir walau sesaat untuk buat duit secara online.Yelah, masa itupun saya belum berkahwin lagi.Orang cakap tiada komitmen.

Bayangkanla, pada tahun 2016 baru saya nampak peluang dalam online ini sangat besar rupanya.Rasa macam ” aduh,kenapala dulu aku sibuk main game jek, kalau tak aku dah kaya hari ni”..hehe 🙂

Benda dah lama saya dah malas nak fikir.

Sebab itu, tujuan saya menulis artikel ini untuk memberitahu bahawasanya dengan hanya kerja sambilan di rumah anda boleh menjana income sehingga 3-4 angka.

Caranya memangla bukan mudah,sebab saya mula dulu dengan zero pasal bisnes online ini.Macam-macam benda baru saya belajar sehinggakan otak jadi “jammed”.Huhu..rasa macam info overloaded.

Masa itu,rasa macam semua benda nak buat.

Banyak jugakla saya join dan beli video berkaitan bisnes online ni.Yang paling popular mestilah tentang cara membuat iklan di Facebook atau dipanggil Fbads.

fb-retargeting-kempen

Saya juga ada belajar untuk buat iklan menggunakan platform google atau dikenali sebagai Google Adwords.

Tapi masalah nya nak jual apa?kahkah..

Sebenarnya ramai yang macam saya dulu.Dah pergi macam-macam seminar tapi tak tahu nak bisnes apa.
Mana yang ada produk tu kira oklah.Kalau yang tiada produk tu nak buat apa?

Yang ini anda kena relax dan fikir betul-betul apa yang anda nak buat.Sekiranya anda memang minat nak jual produk,anda boleh teruskan.Jangan toleh belakang lagi.

Macam-macam produk ada dalam malaysia ni.Owner produk pun beribu rasanya.

Tapi, anda carila yang bersesuaian dengan anda.Senang cerita anda tahu tentang produk dan boleh jelaskan pada prospek bila ditanya.Sekiranya anda rasa anda tak boleh,jangan ngada-ngada nak jual produk.Sebab nak menjual ini satu cerita lain,nak buat iklan cerita lain.

Macam saya tak minat nak jual produk buat masa sekarang ini.Sebab leceh nak kena pergi pejabat pos nak pos barang,lepastu kalau barang client tak terima kita pula kena maki.

Jadi saya memilih untuk buat kerja sambilan di rumah 100% secara online.Tanpa keluar rumah untuk ke pejabat pos dan sebagainya.

Ini 3 Contoh Kerja Sambilan Di Rumah 100% Online

Bisnes Online Dropship

kerja dari rumah-dropship
Apa itu dropship?
Ini saya copy dari wikipedia.org

Dropship merupakan salah satu cara perdagangan runcit yang agak baru. Peruncit, pemasar atau ejen dropship akan memasarkan sesuatu produk yang disimpan oleh pembekal atau pengilang. Apabila produk tersebut dipesan atau dibayar, ejen dropship akan memaklumkan kepada pembekal dimana pembekal akan menghantar terus produk tersebut kepada pelangggan. Ejen dropship kemudian akan dibayar oleh pembekal keatas keuntungan dalam bentuk komisen ataupun ejen dropship tersebut akan membayar kos produk kepada pembekal mengikut program yang telah ditetapkan.

Sistem dropship dapat mengurangkan kos peruncitan dan semakin popular masakini. http://www.dropship.im merupakan platform sistem dropship yang pertama dan lengkap di Malaysia yang pernah dibina dan telah beroperasi sejak 2011 lagi.

Sebelum memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan dropship, anda harus memilih jenis produk yang dipromosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan berkembang, dan cara struktur perniagaan dari segi komisen dan cara yang boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar dropship ejen mereka komisen yang dijanjikan.

Program dropship pada ringkasnya adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan pihak ketiga menggunakan rangkaian internet atau cara pemasaran konvensional. Program-program dropship yang berada dipasaran kini kebanyakannya menjual E-Book seperti di clickbank.com, namun terdapat juga yang menjual produk khusus seperti fashion contohnya dropship.im , yosh.my, zawara.com dan produk pelbagai seperti di RYXAL Dropship Center.

So,anda faham kan maksud dropship?
Senang cerita anda jadi ejen produk orang.

Antara kelebihannya ialah:-

  • Tidak perlu simpan stok
  • Tidak perlu pos barang
  • Tidak perlu modal untuk beli barang
  • Hanya terima komisen dengan setiap jualan yang anda buat.

Paling terkenal sekarang ini ialah Dropshipping dengan Shopify
Banyak lagi program Dropship ini.Anda boleh cari di Facebook.

Kalau boleh anda cari produk yang memang dah lama dalam industri.Senang cerita yang dah terkenal.Senang anda nak jual nanti.Yang itu anda kena buat research sendiri la.

Anda tak simpan barang,anda cuma terima order dan duit.Selepas anda dah terima bayaran dari pembeli anda pun membuat bayaran pada pembekal.Seterusnya pembekal akan kirim barang tersebut pada pembeli tadi.

Anda menerima cash di tangan.Bolehla buat duit belanja sikit-sikit.
Tapi jangan pulak anda dah terima duit tu anda tak order pada pembekal.Kesianla pada pembeli tadi.
Lagipun kita berniaga ni nak kena Jujur & Amanah.Jangan tipu orang.

 

Bisnes Online Affiliate

 

kerja sambilan di rumah bisnes affiliate

Apa itu Affiliate?
Ni saya tolong copykan dari wiki

Affiliate program juga adalah satu program pembangunan pemasaran yang dilakukan oleh pihak ketiga atau syarikat itu sendiri. Ia memberi satu ruang untuk pemilik web atau usahawan bebas mempromosi produk atau perkhidmatan tertentu. Sebagai pertukaran, Syarikat atau entiti perniagaan terbabit akan menyediakan wang komisen pada setiap jualan. Affiliate yang terbaik kebanyakkannya akan memberi anda komisen apabila mereka memperolehi sebarang jualan dari pakej dan tawaran promosi yang diberikan.

Sebelum anda memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan affiliate anda harus memilih apakah produk affiliate yang anda promosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan anda berkembang, dan bagaimana struktur perniagaan dari segi komisen dan bagaimana anda boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar affiliate mereka komisen yang dijanjikan.

Program affiliate pada ringkasnya adalah menjual produk atau perkhidmatan pihak ketiga menggunakan rangkaian internet. Program-program affiliate yang berada dipasaran kini kebanyakannya menjual E-Book seperti di clickbank.com, namun terdapat juga yang menjual produk seperti fashion contohnya www.zawara.com, Lazada.com.my, dan zalora.com

Fahamkan bahasa melayu?
Affiliate ni sebenarnya lebih kurang sama macam dropship.Beza nya cuma di Malaysia affiliate ini lebih kepada produk digital.Maksudnya jual E-book,video,software dan lain-lain la.

Selepas anda daftar dengan mana-mana program affiliate di Malaysia ini,anda akan terima satu link affiliate.

Apa yang anda perlu buat,anda cuma perlu promosikan link tersebut dan sekiranya ada jualan melalui link tersebut anda akan menerima komisen.

Ianya mudah.Ini kerana,pembeli akan menerima produk yang dibeli melalui email atau login id di website.Sebenarnya bermacam-macam jenis affiliate program yang ada di Malaysia ini.Kalau anda nak yang luar negara pun banyak.

Kelebihan bisnes online affiliate ini sama seperti bisnes online dropship.Sudah tentu kos iklan dan kos promosi ditanggung oleh anda.Sebab itu, anda perlu belajar bagaimana nak promosikan sesuatu produk.

Komisen affiliate pula bergantung pada owner produk.Ada setengah tu bayar 1 minggu sekali,ada juga yang buat bayaran sebulan sekali.Yang ini anda kena tanya owner produk.

Kebiasaanya tool untuk marketing sudah disediakan oleh owner produk.Contohnya macam gambar,testimoni,cara close sale,cara followup.Anda pun akan dimasukkan dalam satu group khas.

Macam-macam cara untuk nak promosikan produk samada dropship atau affiliate.Antaranya:-

  1. Melalui Fbads
  2. Melalui Google Ads
  3. Melalui akaun profil facebook
  4. Melalui Blog/Website

Anda boleh pilih salah satu platform di atas.Tetapi sekiranya anda nak cepat dapat hasil gunakan Fbads.Dan untuk optimizekan lagi jualan anda gabungkan ke semua platform tersebut.InsyaAllah hasilnya lebih memberangsangkan.

Sebenarnya saya lebih berminat dengan Bisnes Online Affiliate untuk buat kerja sambilan di rumah.Ini kerana,saya memang suka mengadap laptop.Haha 🙂

Lagipun saya ada belajar pasal affiliate ini dengan seorang yang memang pakar affiliate tempatan.Teknik-teknik yang di ajar memang proven.Tak rugila siapa yang beli panduan affiliate tu.
Kalau anda nak tahu detail boleh KLIK SINI 

Lagipun, anda cuma perlu promosikan link sahaja.Tak perlu nak close sale sangat.Sebab di link tersebut mereka akan dibawa ke satu landing page.

Landing page itu pun sudah ada susunan ayat promosi dan detail tentang produk.Jika prospek nak buat bayaran pun juga di situ.Tidak perlu nak ber “whatsapp” pun.

Sekarang ini,saya dalam proses mendalami ilmu platform Blog/Website.

Ini adalah platform yang paling best sekali.

Dulu,saya rasa macam mustahil bagi mereka yang buta IT macam saya ni untuk membuat sebuah website.Sebenarnya kalau dulu memang susah pun.Huhu 🙂

Sebab anda nak kene tahu code-code dia.Sekarang ni tersangatla mudah untuk membuat sebuah website/blog.Ada yang percuma dan ada yang berbayar.Semuanya dihujung jari sahaja.Sekarang ini saya sudah ada 4 website/blog.

Paling mudah menggunakan WordPress.Anda install wordpress dalam cpanel,kemudian dalam wordpress sudah disediakan pelbagai theme.Tinggal anda nak pilih dan masukkan konten sahaja.

Dah banyak tempat saya belajar buat website ni.Cuma saya rasa dalam banyak-banyak tu yang paling detail ialah di

World Class Blog

Apa yang anda akan belajar di World Class Blog?

  1. Cara Beli Nama Domain Dan Hosting
  2. Cara Buat Blog WordPress Selfhosted Sendiri
  3. Pengenalan Bahagian Admin Blog Dan Setting Frontpage Blog WordPress
  4. Pengenalan WordPress Theme
  5. Pengenalan WordPress Plugin
  6. Cara Pasang Plugin WordPress Dan Setting
  7. Perbezaan Post Dan Page Dalam WordPress
  8. Cara Buat Post Dan Masukkan Gambar Dsb

Bukan itu sahaja,anda juga akan diberi panduan hasilkan pendapatan dengan blog.

Malah,anda akan diajar Teknik-teknik SEO (search engine Optimazation).Kalau anda nak tahu apa itu SEO anda boleh google sendiri.

ilmu seo

Pendek cerita SEO ni boleh membuatkan Blog/Website anda naik ke 1st page ranking di Google.Bila Blog/Website anda sudah berapa di page pertama,senangla orang nak pergi ke blog/website anda.

Bayangkan anda menjadi ejen Dropship produk Ubat Kuat.Jika orang taip di google keyword “ubat kuat” sahaja terus google paparkan Blog/Website anda di muka pertama.

Berapa ramai yang akan masuk ke dalam website anda tu?Sekiranya kena dengan bajet mereka sudah tentu anda akan mendapat jualan.

Katalah dalam 1 hari ada 1000 orang yang masuk ke dalam blog/website anda,cuma 1% sahaja yang beli.

Produk harga RM 100.00
1% dari 1000 = 10 orang
Jualan untuk 10 orang = RM 1000
katalah modal untuk seunit = RM 80
Margin = RM 20
Kalau 10 orang = RM 200 keuntungan.

Nampak macam mudah kan?

Iya,tak semudah yang di sangka.Kena ada kesungguhan nak buat.
Bukannya main hentam sahaja.Kena nak buat research.Yang susahnya nak buat research tu.Yelah kita nak kena kaji pasaran juga.Kena tahu produk apa yang laku keras dan berpanjangan.

Nak naikkan Blog/website anda ke ranking 1st page google bukan kerja 1-2 hari.Nak kena belajar teknik yang betul.Sebab itu kena ada guru yang boleh ajar kita.

Jika anda berminat nak belajar jana income hanya dengan kerja sambilan di rumah,saya syorkan anda beli panduan dari World Class Blog 

Sebab apa saya syorkan?

Sebab harga yang ditawarkan untuk panduan tersebut tak masuk akal.Saya dah beli macam-macam jenis video untuk belajar benda ini.Harga semuanya RM 100 keatas.Ada yang sampai RM 500 pun ada.

Panduan ini anda cuma perlu bayar RM 50 sahaja !!!

Hahaha..mesti anda macam tak percaya kan?
Pada mulanya saya pun macam nak gelak.Betul ke harga ni?Pandai ke orang yang nak ajar ni?
Macam-macam dalam kepala otak masa tu.

Tapi saya beli juga, sebab apa?
Sebab saya memang niat nak belajar.Kalau kena scam pun saya redha jelah.Huhu..:)

Ternyata saya salah,panduan ini memang betul-betul lain dari yang lain.Saya rasa berbaloi sangat dapat beli ilmu yang mahal macam ini dengan harga cuma RM 50.

Tetapi, saya dengar harga akan dinaikkan selepas 100 orang membuat pembelian.Orang yang ke 101 kena bayar RM 60..dan seterusnya.

Saya sarankan anda jangan lepaskan peluang macam ni.

Google Adsense

Kerja-sambilan-di-rumah-Google-Adsense

Apa itu Adsense?

AdSense adalah program pengiklanan yang dijalankan oleh Google. Pemilik laman web boleh mengikut program ini dengan membenarkan teks, gambar dan yang terbaru iklan video melalui laman web mereka. Iklan ini dikawal selia oleh Google dan hasil yang dijana dari pengiklanan ini adalah sama ada setiap bayar per klik (PPC) atau setiap perseribu-dilihat/tanggap pada dasarnya (per-thousand-impressions basis).Google kini sedang dalam proses menguji kaedah harga kos-per-tindakan (cost-per-action) atas dasar servis.

Google sedang menggunakan teknologi carian untuk menyediakan hidmat pengiklanan ini berdasarkan isi kandungan laman web, lokasi geografi pengguna laman web, dan faktor-faktor lain. Sesiapa yang mahu menggunakan hidmat pengiklanan dengan sistem pengiklanan sasaran Google boleh mendaftar melalui AdWords – mungkin bermaksud Iklan melalui perkataan yang berkaitan. Adsense terkenal dengan langkah untuk pengiklanan melalui laman web kerana dengan panji (banner) yang kurang mengganggu daripada kebanyakan panji, dan isi kandungan iklan yang hampir semua adalah bertepatan dengan isi kandungan laman web.

Bagi laman web yang tidak dikunjungi oleh Mediabot, laman web mengikut untuk memberi ruang pengiklanan dalam laman web mereka akan menggunakan kod JavaScript untuk menunjukan iklan amal untuk makluman servis awam (PSAs – public service announcements). Mediabot adalah berbeza dengan Googlebot yang beroperasi sebagai pencari indeks Google.

Terdapat banyak laman yang menggunakan AdSense untuk menjana wang dengan isi kandungan laman web dan terdapat juga pemilik laman web yang berkerja keras untuk meningkatkan penjanaan keuntungan melalui Adsense.

Anda faham tak?

Adsense ni senang cerita anda berikan google beriklan di blog/website anda.Setiap kali pengguna/pengunjung klik pada iklan tersebut anda akan dapat komisen.Anda perlu buka dulu akaun dengan google adsense.Klik sini untuk daftar

Saya pun baru nak berjinak-jinak dengan adsense ni.Tak berapa pandai nak terangkan lebih-lebih.

Tapi kalau anda perasan,kalau anda nak download movie kat mana-mana website bila anda klik download jek mesti ada popup iklan keluar.Setiap kali popup iklan yang keluar tu, mereka dapat komisen.
Senang je mereka buat duit.Huhu..

Sekarang ni baru saya tahu,kenapa diorang sanggup buat website untuk upload movie banyak-banyak.Tujuan mereka ialah untuk trafik,bila makin ramai yang download movie di website mereka,makin banyakla komisen dia orang dapat.

Itu cuma tanggapan saya yang masih baru dalam dunia online ni.Orang cakap newbies.Heheh

Saya cuma share pada anda contoh kerja sambilan di rumah yang anda boleh lakukan.Selebihnya anda kena buat pilihan sendiri.

Sekiranya anda memang berminat dalam dunia online, ini adalah peluang-peluang yang ada.Mungkin ada yang tak berminat kerja macam ni.

Ada yang suka buat kerja part time seperti jual burger depan rumah,part time di pasar malam.Terpulang pada individu masing-masing.Asalkan kerja yang kita buat tu Halal.

Jika anda berminat dengan Bisnes Online ni,saya sarankan anda mula dari sekarang.Sebab teknologi sekarang sangat pantas.Sehingga kan ada benda yang saya belajar pada tahun 2016 dah tak relevan sekarang ni.

Apa yang anda perlukan cuma:-

  1. Komputer/Laptop
  2. Line Internet
  3. Smart Phone
  4. Kesungguhan nak tambah pendapatan
  5. Minat nak belajar

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini.Sekiranya bermanfaat sudilah kiranya anda Share kan pada rakan-rakan anda yang masih tercari-cari cara nak tambah pendapatan dengan hanya Kerja Sambilan Di Rumah.

adi
adi

2 Comments

  1. menarik..’

    semoga berjaya bro..

    kejayaan bro menjadi inspirasi kepada kami yang baru nak belajar terutama dalam bab kerja sambilan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: